Que Sera Sera

Wednesday, 14 April 2010


When I was just a little girl,

I asked my mother, 'What will I be?
'Will I be pretty?
'Will I be rich?'
Here's what she said to me:

'Que sera, sera,
'Whatever will be, will be;
'The future's not ours to see.
'Que sera, sera,
'What will be, will be.

aku belajar lagu ni masa umur aku 11 tahun, aku belajar menyanyi lagu ni dengan cikgu bahasa inggeris yang sangat kacak, egegege! namanya sir Norazrin. ergh, persis orang kacukan. selalu je membela aku bila kena buli dengan arwah kawan baik aku. hehehe! back up besar tu...opss melencong pulak.

sedang aku mandi pagi tadi, aku tiba-tiba ternyanyi lagu ni, hihihi! tiba-tiba terkenang zaman kecik dolu-dolu, aku yang nakal hahaha! tak padan pompuan, main selut tangkap ikan, meredah paya belakang rumah jiran, nguahahah...adik aku yang kecik tu pun aku ajak skali.

cuti skolah, pukul 3-4ptg je, aku dah tak reti diam, hahaha...terdengar-dengar suara anak jiran memanggil-manggil, mengajak main. mula-mula elok je indoorgame batu seremban takpun main ceper takpun main saidina takpun main congkak takpun main cikgu-cikgu, agak-agak cuaca redup je sambung outdoorgame pulak, kejar-kejar (joint ngn budak lelaki), teng-teng, baling slipar (suka tgk slipar terbang naik atas bumbung rumah), nyorok-nyorok, baling tin, belon acah, lompat getah, lompat zero lubang tikus - best! best!

bila ada musim, main basikal beramai-ramai, badminton, ping-pong - biasanya abang-abang besar la main, kitorang yang comey lote ni main bola rebut ramai-ramai, kesian bola tu tapi kadang-kadang abang² besar ni tak tahan jugak tengok adik² main, sibuk kacau daun time tu kalu, memang happening, seronok, riuh dengan jerit pekik. indah! indah!

itu dulu, sekarang ni? erm...kat kampung-kampung pun dah jarang ada mainan macam ni. mana taknya rumah jauh-jauh, teknologi pulak makin canggih, yang duduk melepak sekarang bukan remaja-remaja lagi, tapi budak skolah. kekadang naik takut aku tengok. ngan motor mahal².

manisnya kenangan masa kecik walaupun aku tinggal di felda ;)

*** aku tidak cantik tapi aku ada rupa, aku tidak kaya tapi aku sederhana ***


6 pasang kaki:

TokNabe said...

La ni budak2 dok usung psp. haha.. mungkin diorang main batu seremban pun guna psp.

Gitulah kita...kita berubah mengikut zaman.

ch@ said...

tokNabe -> main batu seremban guna PSP? wah!!! mgkn betul kata tok tu. mrAbi pun dah ada satu PSP.

LanaBulu said...

Zaman kanak2 mmg tersangat nostalgia...
mau sonyum sorang2...hee

ch@ said...

PakLan -> zmn PakLan mesti lagi best kan? mesti suasana kampung kaw-kaw punya...

SeliPaRcHanteq said...

rock wu!

ch@ said...

seliparchanteQ -> ye zmn kanak-kanak yg btl-btl selamba kodok :D

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in