menangis lagi

Friday, 19 February 2010

ergh! semenjak dua menjak lepas melahirkan cikAuni ni, emosi ciwek aku berleluasa. pantang ada kejadian yg sedih² berlaku, air mata ni laju je nak kuar. banyak sungguh air mataku ini.

kekadang tak de la sedih mana. ala drama korea - my girl tu, aku dah tengok dua kali, he'e sedih gak. nangis gak, walhal jalan ceritanya, dialognya, semua dalam kepala.

baca novel pun macam tu, ala penulis novel Norhayati Berahim tu, novel dia jalan ceritanya dah boleh agak sebab aku ada hampir semua koleksi novelnya, eh! nangis jugak. berdedai-dedai (ada ke word ni dlm DBP?) air mata aku ni.

apatah kalo kejadian sedih depan mata, sah² free je air mata aku ni turun.

bukan apa, aku baru je selesai baca blog ni sangat menyayat hati. berhelai-helai tisyu aku tarik kuar dari kotak. adoiii!

*** aku kena jadik kuat ni, kang akan datang dapat yg asyik nak nangis aje, susah pula ***


12 pasang kaki:

Nida said...

hahaha.. sebiji macam akak. Semalam tengok cerita Nanny Diary, menitik-nitik airmata ni.. tak pasal2 kena gelak ngan hubby... hehe

shakirah_kiyo said...

Ahaaa....Mama auni ciwek...hikhik....

LanaBulu said...

Ceriakan hati..selalu..
nangis pun tak boleh merubahkan jalan cerita kat dalam novel tu..
bahkan nanti Auni pi dok main ayaq kat bilik ayaq tu U tak sedaq..

ch@ said...

kakNida -> sehati sejiwa la kite ni kan kak? too touching :D

ch@ said...

KirahKiyo ->ejek ar, ejek, takpe-takpe :D

ch@ said...

PakLan -> insya-Allah PakLan, kite sentiasa berwaspada, nsb baik walker tak muat nak lalu kat pintu blk ayaQ tu :D

Eita said...

ish nape nanis2 je...
hee kuatkan hati...
miss u..

ch@ said...

eita -> ala small matter je dear! miss u too eita :)

UnGu VioLet said...

jiwa pompuan mcm itulah.. sensistif dan lembut sgt.. :)

ch@ said...

UnguViolet -> kan Mar kan? kekadang baca blog MAr pun leh nangis :D sebak ar!

Mummy_Sofea said...

dilla pun da bca kisah diary tu..dpt dr email..sgt sedihkan..

ch@ said...

dilla -> dillaaa...nak buat pengakuan, maaf eh kite dapat linkblog tu pun dari dilla punya blog.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in