abi, i love u

Thursday, 31 December 2009


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN-25 kepada mr.abi Norerwandi bin Sumardi, selamat datang ke angka 25 ye, barulah sebaya kan? ucapan ikhlas aku, hah macam tahun² lepas gak cuma tambah lagi satu sayangilah keluargamu sebagaimana kami menyayangimu, cewah ayat tak hengat.
menjadi juga surprise aku ngan cik auni (interframe), dua slice je kek dari SR, kedekut??? banyaklah aku kedekut, untung ada dua slice tau daripada tak dapat langsung. bukan apa, membazir beli besar² bukan ada parti pun, just teringin nak makan je. hahaha (ke aku mengidam) owh tidak sama sekali ye. dua slice pun tak habis, hahaha bukan hantu kek rupanya kitorang ni, cik auni pun menjamah sekali, sikit je yerk....

so kepada mr.abi, semoga terus success dgn kerjaya anda, ye la 24jam 48jam kat opis je, harap² isteri tersayang ni dapatlah sedikit bonus ek...haha!

oh ya! terima kasih jugak i atas pemasangan Streamyx kat rumah ek, letih la tu dgr aku mengeluh tiap² hari di atas kesewelan broadband yg ada anginnya. aku tidak lagi gusar tuk update blog kat rumah, tidak perlu menunggu hingga ke larut malam gitu :)

2010 bakal menjelma sekejap je lagi, ergh umur aku tambah lagi, mr.abi baru masuk 25thn aku dah nak 26thn. hoho! whatever pun, abi.....i love u till end my life mmmmuaaaaah!

**dalam surat branak cik auni; umur bapa 24thn. umur ibu 25thn, kekal la sampai bila²**



penutup

Monday, 28 December 2009

aku rasa ni cerita penutup tahun 2009 kot, kot la kan? hahaha! sambung tahun akan datang pulak!

CERITA 1
~ Desa Aman 2 dan Hulu Langat~

_
biasalah cik oni ku yg cumel, hah! ni orang kaya oni sedang tido, bkn main syok lagi. tido² ayam je, pastu celik mata main....

_
mr.abi layan cik oni tak lama pastu tinggal cik oni sesorang, dan tak lama pastu habis tumbang mainan tu disepak cik oni, ganas sungguh!

*baju cik oni disponsor oleh cik ma dan aunty dobot, bila nak bagi lagi kata cik oni. wiwit!


CERITA 2
~Hulu Langat, rumah pusaka~

punch card a.k.a balik langat, katanya ada majlis jalinan mesra - aku tak ingat tema, ada amek gambar tapi terdelete, tangan tak bedung sungguh! berlangsung kat rumah pusaka, jumaat petang aku sampai terus melepak rumah pusaka tu, mmg ramai la keluarga sedara mara sebelah mr.abi, apa lagi yg menarik dah tentula smua org geram kat si cute cik oni ni... dia je la yg jadik penghibur smua orang.

pagi sabtu sepupu sepapat aku terjun sungai, mandi sungai belakang rumah pusaka, xde gambo sbb aku tak joint, hahaha! kaum mak sibuk kat dapur, macam-macam menu ada... aku? jaga cik oni diam-diam! miahaha (tuang kerja sebenarnya).

petang, aku mula dtg menyibukkan diri, tetap dgn cik oni sbb dapur dah penuh dgn chef terkemuka lagi pakar memasak, so aku duduk menggebang kat kedai mak itam - dtg sbg wakil abah ngn umi sbb dorang gi kenduri. mr.abi mls nk ikut =)

malam, lepas maghrib acara bermula. makan....wow! penuh sudah meja hidangan, syg cik oni kat mr.abi ngn uminya, dia leh tido lak time tu...so kitorang pun makan sesungguh hati. aku duduk sebelah mr.abi diam-diam dan menjamu perut! dari satu menu ke satu menu yg lain, smpailah cik oni menyedarkan diri, kitorang pun habis mkn. cayalah! acara borak bersantai, berkaraoke pun terus-terus menerus. pukul 11pm, aku dan mr.abi balik sbb cik oni nak menyambung tidonya, elok masuk kreta dia pun lena smpai pagi.


CERITA 3
~Bangi, rumah uda~

pagi² ahad dah terdengar brita agak menyedihkan, tanah runtuh dan rumah mak uda tergantung. wow! terus berdegup jantung aku....terasa sedihnya. smua org bersiap ala kadar terus ke Bangi!
wow! 1st time aku tengok rumah tergantung means tanah bawah telah runtuh tinggal lapisan atas aje! ngeri sesangat...sempat men'snap' beberapa keping gembar. menangis mak uda, bernasib baik sebab malam kejadian uda sekeluarga masih tido di Hulu Langat.

kepada uda sekeluarga, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, bersabar banyak² ya...

**sekian laporan cuti tuk tahun 2009, anak² dah mula beli baju sekolah. eh! ada kena mengenakah? ya ada, sbb ramai orang bila nak shopping! huhuhu! wiwit!**


cik ma dan cik auni

Thursday, 24 December 2009


cik ma: oni...bunga ni oni punya kan?

cik oni : hah! bunga?

cik oni : macam ni la cik ma.....cik ma buat salah!

* gambar kat sebelah tu cik ma, bukan wanita beselubung hitam ataupun bayang² hitam ye...

cik oni : ermmm....suka hati cik ma la....

cik oni : cik ma tau tak? walaupun umi tak taff, pangku dia tetap oni suka, abi pun suka....upppssss!!! hehe....

meh la main ngn cik oni lagi cik ma. aunty dobot bila nak dtg lagi umi?

**aku pun dah tak hengat bila punya gambar ni, Izma a.k.a cik ma (opismate) baru bg kat aku, rasanya masa dia tumpang lepak rumah aku kot, tgk² dak oni ni buat muka sememeh dia tu...hahaha! **



gembira sakan

Monday, 21 December 2009

wiwit! hah puas sudah ku bagi sindiran, sakit telinga mr.abi kena dengar gaknya, akhirnya mengalah juga dia, misi membawa cik oni bersiar-siar akhirnya menjadi jugak. wuiyoo...boring la duduk kat rumah tanpa apa-apa nak buat, novel baru abg ramli awang murshid (aku kipas susah matinya) tak dpt juga mengatasi kebosanan aku, sebab aku tak de mood nak baca.

berguling ke hulu berguling ke hilir, kerja rumah habis sudah ku bereskan, akhirnya mr.abi membuat keputusan 'oklah kite pergi The Mines'. huhu! yeye! suka-suka! sepantas kilat aku bersiap, pakai cun-cun mcm nak pergi dating dolu-dolu. setel siapkan cik oni, kitorang berangkat. adoii! lift kat rumah aku ni cuti hari sabtu gaknya...cis!!! bak kata cik ween, lem to the bab (kite pinjam ye cik ween)

besar nanti nak celen ngn mr.abi....buntang mata tgk lampu...

aku rasa ni la 2nd time aku mkn kat a&w, tah la naper mr.abi tak bwk aku mkn kat situ masa berdating-dating dolu, dia saja yg tahu jwpnnya. wow! i like the root bear. aku mcm biasa la mkn set fillet. aku suka ngan ikan =) mr.abi dgn hot dog, sampai tak retila nak mkn mcm mana. tapi sayang, root bear yg sedap itu tidak kunikmati habis-habisan sbb cik oni dah buat perangai, adoi!!! mr.abi pun 'jom balik' ergh! kacau daun la cik oni ni, penat mata dia gaknya tgk orang ke hulu ke hilir =)

bila cik oni dah macam-macam, kitorang cepat je balik, elok je dia tido atas pangku aku, he'ele minah ni. tu la dia cik oni aku ni, tak kisahlah janji dia cumey...muahahaha!

ok gambar kat bawah ni tak de kena mengena ok, apa anda buat bila anak, anak saudara, cucu, dan sesiapalah buat salah, tapi....dia buat wajah kt bawah ni???

atau

bila minah ni buat rupa macam ni, aku memang sangat geram dan gomol dia sampai nangis...hahahahah! saper suruh buat muka cute =) dan...aku tak jadi marah :)

**hari ahad gi kenduri kawen member aku and mr.abi, tapi malas nak update sbb tak de gambar, wiwit!**



:: alone ::

Thursday, 17 December 2009

hoye! hoye! dah abis upload game, boss ku puan izma, aku buat test game next week je la yek, pulun satu hari.

hari ni awal pagi aku telah menjadi seorang yg sangat gelabah, apa taknya aku men'tapaw' nasik goreng bersama seketoi ayam goreng then dgn semangatnya pergi pantry utk mengambil sepasang sudu (atas sinki aku tinggalkan semalam) dan mencuci mug, semangat aku jadi down apabila melihat en sudu sudah tidak berpasangan lagi, pn garfu telah menghilangkan diri....ergh! aku sangat frust. garfu ku sudah hilang makanya tinggallah en sudu keseorangan. benci! benci!

puas sudah aku jelajah satu opis cari pn garfu, namun tidak berjumpa. hendak ku beli yg baru, nanti tidak sedondon dgn en sudu. ini kerana pasangan ini secocok berlambangkan kepala angsa. frust! akan aku berusaha tuk mencarinya lagi.

dimana hilangnya pn garfu???

pasangan ini aku dapat free, orang bagi sebab tu aku sayang.

**aku mkn nasik goreng dgn dua batang sudu, apa salah aku ni org curik aku nyer garfu...pulangkannnn!!! pulangkaaannnnn!!!! pulangkaannnn!!!**



pergi! pergi!

Tuesday, 15 December 2009



pergh! ngantuk! wahai pakcik mengantuk, silalah ko pergi main jauh-jauh, jgn sesekali menghampiri diriku yg sedang bizi ini, datanglah ketika malam hari nanti.

due date nak dekat, syasya ko jgn asyik ngadap blog ngn facebook je ye, sila buat kerja sekarang!!! ~ baik!!!!

**pulun-pulun, nnt leh adab blog ngan facebook**


pelawat

Friday, 11 December 2009

selangor cuti, syok weh! bagi yg tak de agenda apa².

aku bangun dgn penuh semangat hari ni, kemas rumah cuci baju, masak. huhuu!

hari ni ada 2 orang pelawat yg memang sengaja mengganggu-gugat cuti senang lenang aku. alasan dua orang ni datang semata-mata nak tengok cik auni, pergh! gara-gara nak tengok cik auni, umi cik auni yg pulun berkemas - nampak sangat rumah selalu tungang langgang =)

tapi memang aku selalu kemas rumah time hujung minggu pun, ala....selalu tu kemas jugak tapi tahap biasa² je tak la sekemas bila ada orang nak datang =)

siap semuanya aku mandikan cik auni dan sama² menanti dua orang nenek eh! aunty yg akan menjelma di pintu bila² masa. sampailah kami berdua di buai mimpi - sempat lagi tu =)
starting cik auni beradu, sapu tangan mmg kena ada

wow! akhirnya penantian berakhir apabila cik auni selesai menjamu selera, wow lagi sekali! terpempan aku seketika melihat kawan aku yg seorang ini, sham@dobot (ex-classmate), nape ko semakin bersemangat dlm hati aje kerana lidahku kelu tidak terkata namun bibir masih mengukir senyuman manis tuknya sementara izma (sifu) aku terus aje tuju rak kasut- dia memang dah biasa ngan rumah aku ni =)

cik auni? erm....suka lagi teruja la ada orang layan, memang susahla nak pejam bijik mata dia tu nampaknya dan lagi meriah dapat ganjaran dari, aunty dobot dan izma. oleh kerana tahap kepakaran masak aku E makanya aku hanya menjamu mereka dgn kuey tiow goreng, mungkin akan datang bila aku dah habis tuntut ilmu masak, akan ku masakkan yg lebih special :)
dari aunty sham and izma

so buat aunty dobot and aunty izma, lepas je korang balik, cik auni mula buat perangai...huhuhuh! mr.abi cepat balik!!!!

**terima kasih korang sebab datang menjengah kami di rumah**



pilot

Wednesday, 9 December 2009

update dgn cepat sebelum broadband ini buat pening2 lalat, kang dgn aku-aku skali pening lalat.

aku : cik auni...adakah cita-cita cik auni ingin menjadi pilot? wah! "kuingin terbang tinggi di awan, bersama bintang bersama bulan" ~ lagu awan dania tiba-tiba mengiringi sesi soal jawab.

cik auni : ngape umi, tak bolehkah? apa umi sangka badan ku yg taff ini tidak boleh terbang?

aku : owh! bukan, ini kerana kamu begitu teruja dgn cita-cita kamu.

cik auni : oni tidak fahamlah umi ~ dgn kerutan di dahi yg agak luas itu :) <- comel betul

aku : tu kapal terbang kamu tu, sampai enam buah kamu beli, bermacam warna pulak tu...

cik auni ketawa besar sambil menjawab 'itu kena la tanya abi, dia yg belikan'

milik cik auni

pusing 360 darjah, teruja betul

**sebaik saja sesi soal jawab ini selesai, cik auni pantas beradu kerana malas menjawab soklan yg bukan-bukan dari aku....muahahahah! bertuah punya anak!!!**


bersedia semua

Monday, 7 December 2009

ma'ai lama sungguh tak jawab tag, dekat setahun ada rasanya :) tiba-tiba dia muncul apabila aku menjadi senarai paling atas. datangnya tag ini dr sini.

a. adakah anda rasa hot? ~ hah! hot? tak pun, sebab hari2 dok beku dalam air-cond opis ni.

b. upload gambar kegemaran anda ~ kat bawah ni ye :)

c. citer pasal gambar ~ ergh! cuba tenung mata cik auni ni, warna mata sama ngn aku, cuba tenung muka dia lak, ada cam dak cerdik + nakal + kesian + manja dan yg mmg pasti comeeeeellll sangat! sangat!

d. bila kali terakhir makan pizza? ~ 26hb november, hawaiian chicken ke apa namanya tu.

e. lagu terakhir yang anda dengar? ~ masih lagi berkumandang pesanan tuk kekasih dari spring.

f. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini? ~ kerja, minum, makan, bermain sms.

g. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? ~ umi kecik, aku dah mengembangla...

h. tag lagi 6 orang~ 1) cik ween. 2) aqies. 3) sis lin. 4) bonda whilea. 5) miss oren. 6) en kai

i.
siapakah orang No.1 pada anda? ~ seorang cikgu yg sangat lasak tapi emosi, aku suka blognya, ada ummph!

j. kata sesuatu mengenai orang no 5 ~ best! sempoi! raja kerajaan oren dia la empunya diri.

k. no.3 ada hubungan dengan siapa? ~ ada hubungan rapat dgn semua orang, sis ni suka menerjah, terjah! terjah! dia ada di mana-mana.

l. bagaimana pula orang no.4? ~ skejap ada, skejap tak de. aku suka putri anakanda kesayangannya.

m. pesanan kepada orang no 6.? ~ terus success, success and success. psstt! jgn lupa update blog wokey :)

n. apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2? kenapa susunan nombor ni tunggang terbalik??? ~ sangat banyak, dia penyayang, perihatin, sensitif, peramah, pendengar setia, pendebat pun boleh jugak :) dia kawan baik aku daaa....

enjoy d'tag ok :)

**habis sudah, cik auni umi rindu......**


Mangsa Cik Auni

Tuesday, 1 December 2009

cik auni sedang mencari mangsa...


cik auni memetik bunga di taman rama-rama :) suka betul minah ni. habih! basah dgn air liur dia.


** salah sekuntum bunga di butterfly play gym**



 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in