Untukmu Cik Auni

Monday, 30 November 2009

cik auni dah tido, sejak dua menjak ni, ragamnya bukan main lagi, berpanjang-panjangan. selalu tu kalo nak tido main hentam ikut suka je mana dia nak parking, sekarang...nak tido meragam dulu, merengek mintak dipujuk baru la dia tido, inilah akibat terlalu dimanjai oleh TOK MAMAnya. adoii!!!
untuk cik auni yang disayangi oleh semua orang, maka dgn murah hatinya mr.abi telah menghadiahkan 'butterfly play gym' tuk cik auni, biarlah berhabis wang ringgit tuk anak kesayangan, katanya... dua kali aku tanya mr.abi 'sungguh ni nak beli? mahal ni? umi tak de budget bulan ni - bulan2 pun tak de budget tuk benda yg agak jarang digunakan ni - tapi mr.abi menjawab dgn penuh rela hati, tak pe! that's all dan pak su la yg jadi mangsa tukang bawak play gym dari Toys R Us, Tebrau City.

apa umi bagi tuk cik auni, sudah tentulah dua helai pyjama warna pink <- kena suka juga walau hakikatnya aku tidak gemar. erk! tuk membuktikan bahawa cik auni adalah budak perempuan comel dan sepasang baju tali spageti bersama skirt pendek Baby Kiko menyerlahkan keseksian peha cik auni yg sgt tembam itu - besar nanti, jangan pakai cenggini ye sayang umi :)

**aku pun dah pening, rumah aku sudah mula berantakan dgn mainan cik auni, wahahaha!**



Balik Kampung

Thursday, 26 November 2009

hi! dikesempatan ini, empunya blog yang serba kekurangan ini mengucapkan

SALAM AIDILADHA

kepada semua yang sedang membaca,
semoga kalian semua menyambutnya dgn penuh kesyukuran.

jaga diri ya, kita jumpa lagi naik cuti nanti.

~~dari: ch@, mr abi & cik auni~~

***aku balik Johor tapi, dua orang ni tak bangun-bangun lagi apa dah jadik?



wajah auni

Tuesday, 24 November 2009

here! my cik auni yang comot, mamam-mamam-mamam......

bila sudah boring, buatla senaman wajah macam ni, lepas tu ketawa la besar-besar.

ergh! umi ngan abi sayang gila kat cik auni lah, bila nak marah tengok muka gini terus terbantut amarah, dia memang pandai memujuk....



suka dan duka

Sunday, 22 November 2009

pn Dahlia, pn Ummi, pn Ziha, pn Sya² dan cik Auni

suka bila mr.abi bawak jalan...

Inilah jadinya bila kaum bapa bermain futsal meninggalkan kaum ibu-ibu, apa lagi buat mesyuarat la, rasa macam tak cukup je masa yg diberi, mana taknya macam-macam cerita nak didiskusi, sedar-sedar kaum bapa sudah pun keluar padang ngajak balik, mesyuarat yg rancak berhenti serta merta, cik auni pulak peramahnya lain macam, bukan main baik lagi, tersengih-sengih, ye la semua orang menumpu perhatian padanya seorang.

wajah boring cik auni

duka bila kena tinggal dgn mr.abi....

Mari kita bersuka ria, tak de maknanya =p. wajah seorang anak yg telah ditinggal oleh bapanya, simpati je tengok wajah sedih ni, mr. abi pergi kerja meninggalkan dia kebosanan dgn uminya, hahahaha! Mmg xde la gurauan manja bila tinggal dgn umi, muahahhaa!!! Tu yg lebih rela tido sepanjang hari, keh! keh! keh!



......berehat!!!

Thursday, 19 November 2009

peneman aku dikala ini

erk....sudah SAH lagi sahih aku memang tidak berada dalam kondisi yg baik, semalam MC sakit tekak, hari ni terus batuk dan sesema....waaaa!!!!!!! aku tidak mahu ia berjangkit dgn cik auni, tidaaaaaaakkk!!!! berehat seketika sehingga kondisi kembali seperti sediakala....

aaaaaacccchhhooooo!!!!!


Cik Auni dan laporan

Sunday, 15 November 2009

Yippi, sabtu hari tu cik auni ikut umi ngn abi balik kampung, alaa…kampung abi, dekat je kat hulu langat, sebelum tu cik auni posing-posing dulu, terasa tembam pulak pipi cik auni ni la, berat je nak bawak. Tapi kata umi, biar je tak payah diet nanti ramai orang nak kiss-kiss.

Masa ni cik auni lapaa sangat, tak sampai hati nak mintak umi sediakan makan tengah hari, sebab cik auni tengok umi buat semua kerja sorang-sorang. Abi cik auni pergi kerja, nanti dia baliklah sebab nak amek cik auni dgn umi balik kampung.

Sebelum abi balik, umi dah mandikan, touch-up bedak, pakaikan perfume pastu minum susu, tengah-tengah cik auni minum, abi pun balik. Pandai umi, abi balik je semua dah siap, tinggal angkat barang dan jalan.

Cik auni: Umi…takpe ke, rasanya muka cik uni ni lebih besar dari umi la……

Umi : tak pe la sayang umi, nanti senang orang nak kiss…..kan comel tu….

Sampai rumah wan umi ngn tok ki, eh! Ada pak ngah dgn mak ngah, diorang pun baru sampai. Wah! Ramainya orang kat rumah tok ki.

Malam tu, cik su telah buatkan cik auni susu, cik auni rasa sanagt terharu, cik su baru dua tahun, tapi dia subuk nak jaga cik auni. Malam tu, lepas mak ngah masuk tido, umi, wan umi ngan mok su tengok tv, drama filifina, ada kawan cik auni telah dilahirkan sebagai ikan duyung, lepas tu mak dia lepaskan la dia dalam laut tuk tinggal dgn ikan duyung yg lain, kebetulan, cik su pulak tgh melalak sbb kena marah dgn wan umi dia tengok je ikan duyung tu berenang dlm laut, dia menangis lagi kuat sambil sebut nama cik auni, siap jari tunjuk kat tv tu……terharu betul, sebab cik su ingat cik auni yg kat tv tu, (kira macam umi buang cik auni la!) ~ sedih pulak! Umi sayang cik auni la cik su….

Hari ni abi ajak balik KL, yg luar biasanya cik su menangis bila tgk kitorang smua dlm kereta nak balik, cik su sedih sbb baru je dapat jumpa cik auni, dah kena tingal balik semula,. Hari raya haji ni, cik auni dapat cousin baru, mak ngah dgn pak ngah sibuk trening jaga cik auni. Best asyik kena layan je hehehe!

*sekian laporan cik auni dari desa aman 2, umi sakit kepala la, esok dia nak kerja…hihik! Ok cik auni nak tido…babai =pumi!!!!!! oni nak susu……ZzzzZZzz….(curi uminya signature....hihih!)


transform

Wednesday, 11 November 2009

yeah....ini n3 sepatutnya sempena hari raya yg lepas, apa kena mengena ngan tajuk? mestila ada kena mengena. hahaha!

aku mengambil kesempatan ini utk update dgn n3 yg dah agak berlumut. hello, 2009 belum abis la. hehe! aku mengorek lagi mencari photo2 yg agak nostalgia bagi aku lalu, terjumpalah....dan inilah.

2005
aku beraya bersama mr.abi sebagai student yg berdedikasi ~ muahahhaa..dedikasi tu aku, mr.abi tak? haha! aku beraya sesorang je tau.

2007
aku berstatus telah di 'cop aka tunang' oleh mr.abi yg masih trening polis ~ mr.abi kelihatan seperti anak india jual susu (gelap-kurus-botak), masih lagi dinamakan single but not available. jadi aku beraya masih sorang-sorang.

2008
kini aku berstatus 'hak milik' atau 'dipunyai oleh' mr.abi. rasmi! ! isteri tuuu.....raya berdua lebih baik. syiok tau.

2009
kini telah terbukti aku adalah 'milik sepenuhnya' kepada mr.abi apabila raya pada tahun ini tambah lagi sorang menjadikan bertiga lebih-lebih baik.....

tahun akan datang???????????? ~ tungguuu je apa pulak :)

***pening kepala aku melayan cik auni yg tak nak tido lalu aku serahkan tanggungjawab itu kepada mr.abi, hahaha! apa punya umi la aku ni. selalu dah tido time ni, tapi hari ni dia buat perangai lak***



Cik Auni dalam dilema??

Monday, 9 November 2009

comel tak saya ni, seksi sikit la....opss!!!

apabila cik auni menonton aksi mr.bean

Hu! Hu! Baru terhegeh-hegeh nak update blog, padahal mengerah orang suruh orang update blog boleh pulak, no ideamcm ni la agaknya keadaan orang yg selalu aku kerah utk update blog, bukan apa korang punya cerita dan ceriti mmg menarik minat aku yg suka membaca ni…sorry ek kepada korang yg kena kerah ngn aku tu, hehehe!

Cik auni sudah terbongkang ketiduran, penat gaknya. Sekarang dah tak berapa mau tidur lena waktu siang, asyik nak main-main-main-main, bukan pandai nak main sendiri. Kena tinaggal bersendirian, mulalah menjerit mintak simpati – adeh!! tak tahan aku mendengarnya. malam plak, awal malam tidur, jap lagi kol 10mlm ke 12mlm tu sambung main lagi, pastu tido tak sedar diri sampai la pukul 6.00 pagi, aku pun terus bgn siapkan dia dan aku bersiap tuk gi kerja, jadual baru aku, so far lepas sunat ni dia agak baik dan pandai sudah buat muka tak de moodaih! tetap comel.

Mata aku pun dah agak kuyu-kuyu mintak tido, tunggu la jap lagi, nak tengok awan dania~kuingin terbang tinggi di awan, bersama bintang bersama bulan~ hentam je lirik ni, aku mmg berangan je la nak jadi pramugari tu, ketinggian tak mencukupi. Berat pun sipi-sipi je.

Hujung bulan ni, ada kenduri kawen kawan sekolah aku, buat pengetahuan korang aku tak pernah pun attend kenduri kawen kawan sekolah aku semenjak aku bujang sampailah aku dah ada anak.

Bukan apa memikirkan jarak yg berkilometer ni bertambah lagi dgn jadual kerja mr.abi yg tah mmg dr azali aku tak paham-paham membuatkan aku hanya berangan-angan nak pergi ke acara tu – alasan ni boleh terima tak?

Pastu aku takut la nak suarakan ngn mr.abi, huhuhu tah la aku pun tatau cuak, tapi kawan skolah dia aku lenjan je pergi~sebab dia yg bawak aku gi, kalo kawan skolah aku???~ dia gak yg kena bawak huhuhu….caner ni? lagipun, dalam ramai-ramai kawan skolah yg attend kenduri aku hari tu baru 2 orang je pun yg berumah tangga, sorang aku tak gi sebab, aku baru je lps cuti melangsungkan perkahwinan, tapi kawan ni aku gi melawwat masa dia dalam pantang, lagi sorang aku tak gi sebab aku dalam pantang, takkan aku nak milih-milih cam tu kot..alaaaaa, pe nak buat ek?

Nak kena mintak bebaik ni sebab tahun ni aku berhari raya haji dgn family dia…alaaaa….melepasla lagi! Huhhu! Ta…pi yok mama cik auni dah usha2 tanya balik ke raya haji ni? eheheheh macam ada harapan je…tunggu je la caner.


Cik Auni yg rajin

Wednesday, 4 November 2009

wah! cik auni dah masuk 4 bulan, skjp sungguh masa tu berlalu. cik auni sudah pandai menolong umi, tolong ke? akceli, dia suruh uminya angkat, main dgn dia. akan tetapi umi ada kerja yg perlu dibereskan, kot tak kite semua tak leh tido kat tilam akibat baju kering yg tidak berlipat.

akhirnya cik auni turut sama men'joint'kan dirinya membantu umi. habis basah baju umi dek air liur cik auni tu tau. huhu! akhirnya misi melipat baju dpt diselesaikan setelah mr.abi mengambil alih melayan cik auni. hihihi! ok la tu kira bantu sikit2. he!he!



 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in