Untuk Auni

Thursday, 30 July 2009

MySpace
Hari ni sedang aku berehat sambil berangan aku, tipon aku bunyik.

‘norerdina auni ada?’ he’e suspend jap aku dibuatnya.

‘itu nama anak’ aku jawab lantas teringat ada saudara dari KL mengirim pemberiannya. Dah sampai kot.

‘owh! Ada wakil tak tuk ambil barang di Skynet Kota Tinggi, (dan dinyatakan skali alamatnya). Maka mama lekas meminta bantuan salah seorang staf di tempat papa bekerja yg kebetulan masih berada di Bandar Kota Tinggi utk mengambilnya.

Dan selepas beberapa ketika, kiriman itu tiba di tangan aku, dgn rasa tak sabarnya aku lekas shj mengoyak pembalut pemberian tersebut. Tara......sehelai baju sepadan dgn sepasang stokin berwarna hijau utk auni, comey sgt. Terima kasih bonda Faizzah!!!.

daripada bonda Faizzah

daripada aunty KakLong, aunty Su & Cik Is

daripada Tok G (Easter)

daripada aunty Min

*kepada aunty Aqies, umi auni mintak maap sebab hadiah aunty tak sempat nak snap masa kat Desa Aman hari tu, nak snap sekarang bajunya belum dicuci lagi, maaf ye aunty Aqies =)


Pelawat

Sunday, 26 July 2009

Aku baru sahaja dilawati oleh kekawan sekolah, sayang betul aku pada dorang ni, setia dan rajin membuat lawatan dan memenuhi jemputan undangan perkahwinan. Memang aku sangat tabik kepada dorang yg tak pernah melupakan rakan sekolah yg lain apatah lagi rakan sekelas.

Dorang tadi, dalam perjalanan balik dari undangan perkahwinan kawan sekelas kitorang, terlanjur melalui jalan yg sama dorang datang singgah utk melawat cimey auni. Sesekali, aku teringin juga utk joint dorang berkonvoi memenuhi undangan perkahwinan, so aku harap tercapailah impian aku nanti =)

Terima kasih utk teman aku yg setia, Haliza, Iffah, Farhan, Zarin dan Ar. Tak lupa jugak buat Min yg terlebih dahulu dtg melawat serta Amir dan keluarga (kawan kpd mr.abi).

*kepada Agypt, Selamat Pengantin Baru – cepat timang anak yerk =)


Aku Kini

Monday, 20 July 2009

Hi, aku masih lagi menjalani tempoh berpantang, walaupun bersalin secara operation tapi my mum tu menjaga aku bagaikan aku bersalin secara normal, seronok apabila berpeluang melalui tempoh berpantang begini. oh ya, buat pengetahuan semua aku sudah pun boleh membuang air kecil tanpa menggunakan tiub-syukur pada Allah. aku juga nak berterima kasih kepada smua yg m'doakan kesejahteraan dan kesihatan aku.

Cimey Auni pun semakin membesar dan semakin nakal, tak sangka sudah hampir tiga minggu usianya, tak lama je lagi m'jelang sebulan, sekejapan masa berlalu, mesti semua org tak sabar nak tgk wajah cimey auni kan? hehe =) aku cuma boleh nyatakan bahawa bentuk mukanya adalah sama dgn aku dan yg lain-lain smua ikut mr.abi-kata anak abi! Kepada yg berpeluang melihat wajah cimey auni, diharapkan bersabar juga tuk wajahnya yg terbaru-pipi dia dah mcm buah tomato =)

Keadaan aku?aku semakin tembam, tapi apabila aku m'gunakan khidmat penimbang mr.abi berat aku masih sama seperti aku belum mengandung, berat aku kembali kepada 43kg. akan tetapi aku tak berapa jamin, keadaan aku slps berpantang nnt, mungkin tembam mcm belon agaknya. sabar je la. tak mengapalah nnt kan entry aku seterusnya ya-kepada sesiapa yg mengikuti perkembanganlah!

Peristiwa Ajaib =)

Tuesday, 14 July 2009

Hi, skrg aku berada di Kota Tinggi, m’habiskan tempoh b’pantang kat rumah mama. Adohai, bersalin secara ceaserean pun kena berpantang. Dikesempatan cimey auni tidoq ni, aku mengambil kesempatan tuk menceritakan perjalanan bersalin tiba-tiba ni. Huhuhu!

26 Jun - balik kampung, gumbira tidak terkata mau pulang ke rumah mama, yippi! AdeQ Is pun balik kampung jugak. Kitorang bertolak dalm kol 11 cam tu la, berenti makan skjp then smbung balik terus ke Kota Tinggi, huhu! Menghabiskan masa dgn pulang ke rumah nenek menikmati buah-buahan tempatan yg sgt banyak. Mak oi! Penuh ruang dapur dgn manggis, durian, rambutan, nanas, pisang,pulasan, sampai tak termakan la dibuatnya. Namun, aku masih menjaga adab-adab mkn buah yg begitu byk ni, maklum aje la aku ni ada si kecik yg perlu diambil kira. Ikutkan hati mmg aku nak pulun smuanya.

28 Jun - balik KL dgn berbekalkan buah-buahan, sedap weh! Siap ole-ole utk kawan-kawan (mengirim kerepek) dgn hadiah utk adik-adik mr.abi. mujur bawak en waja yg gagah perkasa, so smuanya disumbat. Dgn bunga dan karpet yg dihadiahkan oleh mama. Ala-ala mcm nak raya pulak =)

enaknya!!!

chip n dale aku punya!

29 Jun - Aku gi check up mcm biasa, air kencing- normal, tekanan darah-ok, berat-49 kg sipi je lagi nak cecah 50kg, ku pikir telah cecah, tapi masih ada lagi tempoh sebulan. Kukira masih sempat. Balik drpd check up, sesi mengemas rumah yg bagaikan tongkang pecah. Bersemangat aku memasang komputer mr.abi kat rumah. Dah lama tak on, so aku ingat nak aktifkan smula. Berpeluh jugaklah!

30 Jun - Mr.abi m’hantar aku ngn Biha seperti biasa ke opis, kiri kanan oleh-oleh aku bwk dr Johor. Kerja pun menambun utk disiapkan. Rasa macam tak cukup tgn pulak. Sdg aku sibuk ke hulu dan ke hilir aku di tegur oleh kawan se’opis’ “eh! Ko tak meletop lagi?” apadaa en norman ni, bagi la aku soklan lain. Aku sengih je sambil jwb dlm hati, lom ag ada lagi sebulan. Sdg aku asyik mengunyah tiba-tiba terasa macam ada sesuatu yg panas mengalir kat bawah. Eh! Kan ke aku baru gi buang air tadi. Aku tak puas hati lalu gi tandas. Sah! Ini bukan air kencing, ianya telah membasahi seluar aku. Ho’o. sila rujuk entry blog Izma utk perbualan kami =)

Tanpa ragu-ragu dan rasa sangsi, Pn Izma dgn rela hati m’hantar aku ke hospital utk pemeriksaan selanjutnya. Terus sahaja aku di panggil utk berjumpa dgn doktor. Loh! Aphal nih? Rupanya ketuban aku dah pecah dgn bukaan 1cm. Ma’oi! Lama ag nk tggu 10cm ni. Aku rasa sempat kering ketuban aku. Sian baby. Hari itu juga aku dimasukkan ke wad. Terus kena duduk wad.

Aku diminta utk memakai baju hospital, ada pakaian seragam plak. Dan start dari itu aku dipantau, ditakuti dijangkiti kuman. Doktor hanya menunggu aku sakit nak bersalin. Akan tetapi setelah 2 hari aku masih berkeadaan sama. Muka masih selamba dan masih boleh dok tersengih-sengih. Namun setiap kali aku pergi membuang air kecik aku terasa sgt ssh hati aku takut baby aku kekeringan air ketuban.

2 Julai - doktor membuat keputusan utk memulakan proses induce cetusan bersalin. Org yg tak sakit disakitkan utk paksa bersalin. Seawal pagi maaf ku pohon buat keluarga dan meminta didoakan kesihatan dan keselamatan aku. Terasa sgt sayu aku sendiri tatau apa akan terjadi pada aku sepanjang hari ini. Mr.abi kuminta dtg utk menunggu aku bila aku berada di dalam dewan bersalin. Aku ditempatkan di wad 15. Dgn seorang cina bernama Ellizaberth. Si Ellizaberth ni risau sbb baby dia kurang bergerak lagi pun dia dah cukup bulan. Muka dia ngn aku pun still masih selamba lagi. Setelah 3 jam berada dalam bilik 15 tah menunggu apa lagi aku tidak tahu. Aku pun dah lapa. Namun nak bangun bertindak tidak boleh sebab aku dipasang dgn sesuatu alat tah pebenda namanya tuk dgr bunyi jantung baby serta kontraksi aku.

Akhirnya dtg sekumpulan doktor membuat pemantauan, mengatakan aku masih lagi tidak boleh diinduce sbb baby aku kelihatan sgt kecil. Aku semakin risau. Akhirnya, mereka meminta aku naik ke scan department utk mengukur berat dan panjang baby aku. Sedang aku menikmati makan tgh hari pula tu. Menurut prof kat scan department tu, ketuban aku sudah kering, jadi mmg tak boleh tggu lagi, baby kena paksa keluar. Balik dari scan department, aku terus putus selera. Dan sekumpulan doktor terus memeriksa aku. Aku diinduce.

Sekali lagi aku diuji, apabila aku sakit utk meneran keluar, jantung baby aku sgt lemah. Aku pun tidak tahu mengapa jadi begitu mungkin, baby tahu uminya sakit jadi dia turut sakit sama. Aku rasa sgt sakit. Akhirnya, aku ditolak ke bilik bedah. Mungkin jantung baby jadi lemah kerana ketuban aku sudah habis. Hampir 3 jam aku di bilik bedah, aku di bius seluruh badan. Pengsan terus. Pertanyaan pertama aku setelah aku sedar. nurse baby i boy ke girl?’ nurse tu sengih aje lalu menjawab 'i tak tahu baby u boy or gurl sbb i hanya tumpukan pd u, tapi i dgr dia menangis sgt kuat, tu tandanya dia sgt sihat’ terus shj aku menangis. Aku terharu, aku di tolak ke wad biasa utk berehat, menangis sepanjang perjalanan ke wad.

Rupanya, mr.abi dgn mama dpt tgk baby aku tu dulu. Mereka mengatakan baby itu mirip aku, sgt sama, comel, putih. Aku tersengih sgt gembira. Akhirnya kami bertemu juga dgn tidak disangka-sangka. Mmg dia sgt kecil dan sgt kuat.

4 Julai – aku dibenarkan keluar, apabila segalanya berjalan dgn lancar. Bersama baby gurl aku yg pertama ku gelar cimey auni sbb dia sgt comel. Mr.abi dgn pantas membuat surat beranaknya, gembira nya hatiku tertera nama Norerdina Auni binti Norerwandi Cahaya kehormatan Ketenangan. Nama yg dipilih aku dan dipersetujui mr.abi. aku ingat indah hingga ke petang, namun sekali lagi ujian dtg melanda. Aku boleh buang air tetapi air kencing aku tidak keluar. Bermakna aku tidak boleh kencing. Petang itu juga aku ke PPUM wad kecemasan utk check upsgt lambat menunggu wor! Service tidak begitu lancar. Sorry to said. Tiub dimasukkan, dan aku dibenarkan pulang dgn harapan aku boleh buang air. Namun, keadaan masih sama. Aku masih lagi begitu.

5 Julai – aku dimasukan ke wad sekali lagi. Kali ini masuk kerana aku tidak boleh buang air kencing, aku masuk bersama dgn cimey auni. Dua hari aku ditahan, namun keadaan masih sama akhirnya, doktor membuat keputusan menyatakan rahim aku terkebelakang sedikit lalu menutup salur kencing, jadi mereka membuat keputusan menyatakan aku boleh pulang tetapi dgn tiub, kalo tidak aku still tak boley kencing. Aku amat berharap mereka adalah yg terbaik dan benar. Selepas aku keluar, cimey auni pula kena kuning. Sekali lagi aku duduk wad, kali ini menjaga cimey auni. Dua hari aku menjaga cimey auni, sedih tgk dia kena ddk bwh lampu. Doktor kata, utk umur cimey tahap kuningnya sgt tinggi, saat itu aku hanya mampu berdoa sahaja.

Alhamdulillah, skrg ni smuanya beransur pulih, hari Jumaat lalu kami terus bertolak balik Kota Tinggi, dgn keadaan aku yg bertiub ni, tak byk perkara yg boleh aku buat tuk cimey auni melainkan hanya menyusukan sahaja. Cimey auni mmg kuat, calang-calang org mmg tak boley nak hadapi. Aku sgt bangga ngn cimey auni, dia semakin bijak dan tak berapa suka menangis, tapi ssekali dia menangis wah! Huru-hara jadinya, sampai nak terkeluar anak tekak rasanya.

Kepada semua yg menanti updatenya blog hijaucantik ni, aku nak meminta korang mendoakan aku supaya kembali kpd normal, sbb aku hendak menjaga cimey auni dan family aku seperti you all semua. Aku akan kembali semula dgn gambar cimey auni yg cute itu. Buat masa ini aku berharap korang bersabar ye.

Buat teman-teman yg sentiasa mengingati terima kasih kerana meluangkan masa korang melawat aku di hospital terima kasih dan jutaan penghargaan buat, Pn Izma, K-mie, Cik Biha, Sis Azi, Sis Faizzah, Cik Aqies, En Syakir, abah, umi, adik-adik iparku tersayang (myra, myza and didi), fiza dan bob.

Terima kasih juga buat mr.abi dan mama yg byk berkorban masa dan tenaga, menjaga aku dan auni. Aku amat sayang kalian. Sekian tuk entry kali ini. Bersabar yer! =) walaupun aku tidak update, tetapi aku sentiasa online dr jauh. So jangan risau ye....


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in