Sakit

Wednesday, 27 May 2009

Ergh! aku sgt mengantuk hari ini, selalu tu bkn main selamba je bijik mata aku ni walaupun aku tido lambat, mungkin disebabkan dulu aku single kot, skrg ada lagi sorang. Baby! bagi la can umi nk tido lena huhuhu :(

Kemungkinan jugak si kecik ni makin aktif sbb nak temankan aku, supaya aku tak terlalu ingat kepada en abi, masakan aku nak lupakan en abi ku itu? ini kali pertama en abi meninggalkan aku sbb kena bertugas nun ke utara. Sudah melebihi seminggu, ye...aku mmg sgt rindu pada en abi (nangis dah ni!). Takpe go go chaiyokk!!! aku boleh! tinggal lagi beberapa hari shj lagi.

Tapi aku sgt pnt, kalo en abi ada boley aku manja² mntk dia hntr n amek aku gi balik keje sbb kaki aku cepat aje lenguh bila memandu huhuhu! sampaikan tahap aku rasa aku nak baring sepanjang hari, malas nak gi kerja :) malas nak buat apa² tapi aku tak boleh nak buat, sebab aku ada tetamu yg perlu dilayan itu dan ini. Takkan aku nak duduk shj bergoyang kaki, membiarkan dua org kawan aku yg menemani sepanjang ketiadaan en abi? aku tidak dilatih utk tidak melayani tetamu ok.

Walau camner pun, aku pasrah je la, itu dah mmg kje en abi, bila dia blk nnt aku nak tuntut hadiah mahal dari dia :D dia pun dah janji ngn aku smlm, yippi! hadiah sbb dia tinggalkan aku masa Ulangtahun aku hari tu :) bestnyerrr...

Aku jugak nak wish terima kasih banyak buat Biha (opismate aku) ngn Ziela (Aqies) sbb sudi teman aku kat rumah walaupun aku kena buli jadi drebar diorang, relakan aje la :) sape nak bayar gaji aku ni? wah! byk lak permintaan dorang ni!!! ini dah kes terbalik dah ni.

Berat

Friday, 22 May 2009

Hi, hari ni tak berapa ada topik nak cerita cumanya mlm tadi melayan Keliwon ngn B-Ha (opismate), wah! 1st time tgk keliwon, tgk pun jeling² je. cuak!

Sedang asyik melayan TV sambil baca novel sambil makan kerepek pisang tiba² terasa nak menimbang berat badan. Timbang en abi aku tarik dr bawah meja, jeng! jeng! jeng! :). Biasanya kalo m;gunakan timbang en abi ni, sekiranya berat aku 45kg, bila aku timbang di klinik akan menjadi 45.8kg, hrmmmm!!!

Nak tahu berat aku? baru minggu lepas aku menggunakan timbang yg sama 46kg, malam semalam berat aku 47kg, woih! biar betul nih....

Sesungguhnya aku berasa sangat bangga apabila berat aku sudah melepasi 45kg. So nantikan, berat sebenar aku bersama baby di masa check up bln 6 nanti :) Hopefully, everything ok. Peace!!!

Ini Kehidupan

Monday, 18 May 2009

Teruja

Sabtu lepas, aku dan en abi ke Jusco Cheras Selatan utk ber’shopping’ keperluan ‘baby’. Mujur, smuanya diletakkan satu tmpt, maka tidaklah kitorang merayau jln tidak tentu hala. Tambahan pulak, aku dah siap menyediakan senarai panjang barang-barang yg diperlukan, proses mencari tidak memakan masa yg lama. Apa yg menariknya, barang-barang utk si kecil kitorang ni, smuanya comel belaka, Rambang mata abi dan uminya memilih, tapi mmg menyeronokkan. Apatah lagi bila tertera perkataan ‘sale’ siap dgn kupon potongan harga utk sesetengah barang, hah! Rasa mcm tak cukup tgn nak memilih :p

<< utk baby
Hari Ahad, aku dan keluarga mertua melawat sepupu baru kitorang di Semenyih, baru seminggu melihat dunia, comelnya dia buat aku makin tak sabar pulak. Masing-masing menanti kehadiran si kecil kitorang ni :p aku mengharapkan smuanya sihat dan tidak melalui proses yg sukar. En abi la yg paling teruja. Hehe! doakan kami selamat ye :p

Kebosanan

Apa anda buat, bila smua kerja telah dibereskan? Inilah kerja yg aku buat bila aku bosan kat opis :p menyerlahkan bakat yg tak berapa nak ada dlm diri nih!

<< boleh tahan jugak kerja aku nih?

Selamat Ulangtahun 25

Wednesday, 6 May 2009

Selamat Ulangtahun Syasya!

Semoga dikurniakan KESIHATAN yg sentiasa baik, dimurahkan REZEKI dan dipanjangkan UMUR, sentiasa CERIA di samping orang-orang terSAYANG....

Salam Ulangtahun ke 25 kepada diri aku sendiri, ngehehehe! tahun ni tahun pertama celeb sebagai isteri en ABI tapi.......

06 Mei 2009
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in