Pertama Kali

Tuesday, 3 March 2009

MySpace Semalam, abi teman g buat check up, rasa takut, tiada pengalaman pula, erm tengok je la apa yg akan jadi, tidak tahu kan boleh bertanya. Awal pagi dah bersiap, bersemangat. Sampai je PPUM, kaunter Klinik Ibu Mengandung pun belum buka lagi :p orang dah pun ramai yg menunggu giliran masing².

Selesai hantar borang, nama pun dipanggil diminta ke bilik B, mana pula nak cari ni. Nasib baik ada abi. Dlm bilik B, check air kencing, terus je duduk kat abi, blm smpt duduk tetiba terdengar nama disebut kuat, ho-oo rupanya lps check air kencing kena timbang berat, mana tau! lps timbang berat check tekanan darah, pastu tunggu nama dipanggil.

Sedang asyik borak-borak ngan abi, diminta dgr penerangan tentang susu ibu, anugerah Tuhan yg tidak ternilai. Rasa sebak datang tiba-tiba semasa sesi penerangan tentang kebaikan, faedah, kelebihan semuanya tentang susu ibu. Agaknya, bosan abi menunggu, dia nak balik ke officenya, bagi je la dia balik dulu kasihan juga pada dia. Takpe lah.

Sedang menanti giliran utk pengambilan darah, nombor giliran disebut utk berjumpa dgn doktor terlebih dahulu. Gementar. Ditanya itu dan ini, smuanya soalan yg sama, berapa kali mahu tanya pun tidak pasti. Jawablah selagi terdaya, disuruh duduk cha duduk, disuruh baring cha baring. Best dapat dgr bunyi dup dup dup dup dup..... bunyi jantung baby, cukup tuk menyatakan bb sihat. Lepas jumpa doktor, tiba utk doktor ambil darah. Cuak!

Tengok org lain steady je, kita pun steady juga la, tidak sangka pulak ada masalah. Darah tak mahu keluar. Sudahla jarum nya besar, bergerak-gerak cari point nak minta darah kuar. Sakit! Berdenyut-denyut huhu! Itu tgn kiri. Bila dah tidak mahu keluar, tgn kanan pula yg kena. Susah juga dia nak keluar (degil darah ni!) akhirnya nak menangis tgk darah tu masuk dalam botol. Org lain kena sblh tgn, cha kena dua² belah tgn, kebas dan lenguh.

Habis sudah urusan di bilik B, cha amik ubat then buat appointment utk check up akan dtg. Kena pula naik tingkat 3 utk appointment scan bb. Tak pe, utk bb cha buat smuanya. cha nak dia sihat dan sempurma sepertimana umi dgn abi dia. Selesai sudah urusan, call abi. Abi dtg amik cha and kitorang pun balik rumah.

Terasa sgt letih, mcm tak mampu nak melangkah. Dari pagi sehingga tengah hari, akan datang cha nak lbh bersedia hehehe! Itula pengalaman pertama cha di Klinik Ibu Mengandung. Walaupun agak menakutkan tapi sgt menyeronokkan. :p MySpace

p/s: tak sabar nak beli baju tuk bb. smuanya nak kale hijau hahahahaha :p

7 pasang kaki:

Puteri Amna Balqies said...

abih ar bebey tu jadi bebey pokok..beli la kaler pink ke?biru ke?putih ker?nih hijau adoiyaiii cian bebey..jadi mangsa keadaan..hahaha

Qaseh said...

memang kena cucuk..nanti kalau berat badan naik mendadak..kena minum air gula pulak..lagi x best...

shay said...

ada pantang larang orang tua2 tau... atk tahu la nak percaya atau tak... tapi diaorang cakap kita dengar je la... diaorang cakap tak leh beli baju baby awal2... kenapa mengapa tak tahu la... :D

Syasya Ab Latib said...

puteri amna balqies;
ala tak beli kale coklat pun,beli kale hijau je...comey!!

Qaseh;
dah kena minum pun air gula tu, yeak! tak cedap, manis gile rasa nak terkencing manis je :p

shay;
ye ke shay, bila agaknya waktu yg ssi nk beli ek? mmg tak beli lagi pun... saje je :p

F.a.i.z.z.a.h said...

erk...kaler hijau!???!

adex-aieda said...

syasya..
suka nama ni.. sebab same ngan nama 1st twin akak...

check up kat PPUM eik...
oklah kat situh...dekat ngan umah kan..

susah eik nak amik darah?
akak bg tips yg akak guna eik..sebab akak sejak tau preggy..sampai deliver...selalu amik darah.. coz kencing manis...
sehari sampai 4x...
hope syasya x kena macam akakler..

masa nurse or doc nak amik darah tuh...jgn takot..sebab kalau takot tu yg buat urat kita keras..darah susah nak kuar..
so..buat selamber..think positif..
jgn tgk masa depa dok nak cucuk jarum kat kiter..relaks eik..
kalau x..silap2 tangan leh kebas or lebam...

Syasya Ab Latib said...

F.a.i.z.z.a.h;
Ye la kaler hijau, nape pelik ke? alien :p muahahaha :)

adex-aieda;
tak de la tkt sgt, tapi tah nape dia tak mor kuar. hehehe :p huhuhu! abis la darah asyik kena amek je...terima kasih ye bagi advice, nk kena timba pengalaman byk² ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in